Kegunaan Tongkat ali
Tongkat ali merupakan herba yang mengandungi pelbagai khasiat yang amat berkesan, ia kini telah menjadi tumpuan para pengkaji dan telah mencetus minat ramai penyelidik di seluruh dunia, reputasinya sebagai ubat yang mampu meningkatkan prestasi seksual secara tradisional juga telah terbukti secara klinikal dan kajian saintifik telah pun dijalankan terhadapnya, baik di dalam dan juga luar negara.
Terdapat banyak faedah kesihatan yang terdapat pada herba Tongkat ali, antara yang utama adalah:
1. Meningkatkan tahap testosteron.
Testosteron merupakan salah satu hormon utama di dalam badan seorang lelaki, ia berkait rapat dengan prestasi kelakian, tenaga, mood, stamina, libido dan juga kesihatan umum. Penggunaan herba Tongkat ali pada lelaki dan juga wanita dapat memberikan faedah yang sama, dengan memulihkan tahap testosteron. Tahap testosteron akan menurun apabila usia seseorang individu itu meningkat, pada umur 60an, kita hanya mempunyai 40% tahap testosteron berbanding pada usia muda.
Terdapat kajian menunjukkan, ekstrak Tongkat ali dapat melumpuhkan gejala hipogonadisme - sebuah keadaan dimana ianya menjejaskan gonad, sejenis kelenjar yang bertanggungjawab untuk menghasilkan hormon seks di dalam badan iaitu testis bagi lelaki dan ovari bagi perempuan. Terdapat satu kajian dimana seramai 76 orang pesakit hipogonadisme telah diberikan 200mg ekstrak tongkat ali yang dilarutkan ke dalam air, keputusan menunjukkan terdapat penurunan pada gejala hipogonadisme selain pesakit juga turut mengalami peningkatan positif dalam testosteron dan juga serum penumpuan. Sebuah kajian lain yang dijalankan di University of Western Cape, Afrika Selatan terhadap golongan lelaki dan wanita, berumur dari 57 hingga 72 tahun, kesemua mereka diberi ekstrak Tongkat ali sebanyak 400mg setiap hari selama 5 lima minggu, hasilnya bukan sahaja terdapat peningkatan pada tahap testosteron, malah kekuatan otot dan juga pertumbuhan rambut juga dilihat mempunyai peningkatan.
2. Meningkatkan kesihatan seksual dan libido.
Tongkat ali sering dirujuk sebagai ubat semulajadi terbaik setanding viagra. Selama berabad-abad lamanya, tongkat ali diketahui dapat menyokong fungsi pembiakan serta kesuburan lelaki, termasuk motilitas (kekuatan) sperma, pengeluaran air mani, libido serta fungsi ketegangan. Kajian telah dijalankan oleh Universiti Sains Malaysia keatas 109 lelaki, berumur antara 30 hingga 55 tahun telah memperlihatkan bahawa, Tongkat ali mempunyai kesan yang besar terhadap prestasi seksual serta libido, ia turut membabitkan peningkatan kualiti air mani, peningkatan motilitas sperma, peningkatan libido dan juga peningkatan fungsi ereksi (ketegangan). Terdapat ujian klinikal yang dijalankan di Klinik Wellmen, Hospital Perkhidmatan Damai, oleh Dr. Tambi tentang ketidaksuburan, dalam kajian ini menunjukkan bahawa 75 orang lelaki yang menggunakan supplement Tongkat ali telah menunjukkan tahap peningkatan kesuburan yang lebih baik dengan peningkatan kadar isipadu air mani, kepekatan sperma, peningkatan motilitas sperma dan juga kualiti sperma.
3. Menambah kekuatan otot serta aktiviti fizikal.
Tongkat ali juga turut digunakan di dalam arena sukan, ianya sangat popular dalam komuniti kecergasan. Faedah utama Tongkat ali adalah peningkatan luar biasa pada prestasi, khususnya dalam pertumbuhan dan juga kekuatan otot. Satu kajian telah diterbitkan oleh Journal of Strength & Conditioning Research menyatakan, pengambilan 11g setiap hari supplement Tongkat alis elama 4 minggu mampu menghasilkan peningkatan kekuatan berdasarkan senaman squats, senaman bangku dan juga deadlift.
4. Mengurangkan tekanan, kemarahan dan memperbaiki mood.
Tongkat ali telah dibuktikan oleh saintis dapat mengurangkan kemarahan, ketegangan dan kekeliruan - faktor yang mempengaruhi mood serta tahap stress anda. Kajian telah dibuat oleh Dr. Shawn Talbott, seorang doktor yang mengkaji hubungkait antara kecerdasan mental dengan prestasi fizikal seseorang, dalam kajian yang dijalankan pada tahun 2013 terhadap 63 lelaki dan wanita yang sedang mengalami stress menunjukkan, pengambilan 200mg Tongkat ali setiap hari selama 4 minggu berupaya untuk:
- Mengurangkan kemarahan sebanyak 12%
- Mengurangkan kekeliruan sebanyak 15%
- Hormon stress (kartisol) menurun sebanyak 16%
Hal ini menjadi bukti bahawa penggunaan herba tradisional dengan dos yang betul dapat memberi kesan positif di dalam melindungi tubuh daripada kesan akibat daripada tekanan kronik kontemporari selain daripada tekanan biasa yang terjadi akibat daripada kurang tidur, diet yang tidak seimbang dan juga kurang bersenam.
5. Potensi rawatan bagi Osteoperosis.
Osteoperosis merupakan penyakit hilangnya kepadatan tulang, hasilnya tulang menjadi rapuh, mudah merekah dan patah, biasanya tulang pesakit Osteoperosis ini akan patah disebabkan terjatuh malah dalam kes yang lebih kronik lagi semasa bersin atau semasa belakunya pelanggaran kecil. Dalam kajian terbaru, Tongkat ali telah menunjukkan kesan yg positif yang dapat merawat Osteoperosis. Kajian dilakukan oleh sekumpulan penyelidik daripada Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, yang mengkaji tentang peranan utama Tongkat ali dalam merangsang pengeluaran sel pembentuk tulang (osteoblas) selain mengaktifkan sel pemecah tulang (osteoklas) yang membawa kepada pengukuhan jisim tulang. Terdapat juga kajian lain yang menunjukkan pengambilan Tongkat ali dapat merangsang pembentukan tulang disebabkan oleh pencetusan penghasilan protein yang bersifat pembina tulang seperti OCN, RUNX-2 serta BMP-2.
Sejak turun temurun, Tongkat ali telah digunakan oleh orang asli sebagai penawar terapeutik tradisional untuk melindungi sekaligus merawat penyakit yang dialami, hari ini Tongkat ali sangat dicari oleh pengamal perubatan dan ianya turut disokong oleh penyelidik akan kebaikannya. Bahan aktif yang terdapat padanya, Eurycomanone dan juga Eurycomanol bukan sahaja berperanan meningkatkan kadar testosteron tetapi ia juga turut membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan pengumpulan lemak pada tisu badan, menghalang kelesuan selain berfungsi sebagai perangsang keinginan seksual semulajadi. Eurycomanone juga dapat merangsang pengeluaran Adenosine Triphospate (ATP) yang memberikan badan tenaga selain dapat meningkatkan tahap prestasi terutamanya untuk atlet, pembina badan dan juga sesiapa sahaja yang melakukan aktiviti lasak. Eurycomanone juga merupakan sebatian yang dapat melawan kanser, tekanan darah tinggi dan juga diabetes. Secara ringkasnya, sebatian Eurycomanone dan Eurycomanol yang terdapat di dalam Tongkat ali mempunyai keberkesanan yang amat mujarab bagi tubuh, terutamanya bagi meningkatkan tahap testosteron, memberikan tenaga, mengurangi stress dan kerisauan (anxiety), menajamkan fokus dan ingatan serta mendorong keinginan seksual, penggunaannya bukan sahaja terhad kepada lelaki semata-mata malah ianya juga dapat digunakan oleh wanita, termasuklah mereka yang ingin mengembalikan tahap emosi dan kesihatan ke tahap yang lebih baik.