Tongkat Ali Malaysia - Khasiat, Sejarah dan Kegunaan

| berkatmall.com.my
| berkatmall.com.my
Go to content
Tongkat ali
Tongkat ali, yang juga dikenali dengan nama Eurycoma longifolia, merupakan tumbuhan berbunga yang berasal daripada Asia Tenggara. Akarnya telah digunakan selama berabad-abad lamanya di dalam perubatan tradisional, termasuklah merawat penyakit malaria, demam, meningkatkan prestasi seksual dan juga mengatasi masalah mati pucuk. Baru-baru ini penyelidik telah mendapati bahawa Tongkat ali mungkin mempunyai potensi manfaat penyakit yang lain juga, termasuklah mengatasi masalah tumpuan dan juga nyanyuk.

Terdapat beberapa sebatian aktif di dalam tongkat ali, ini termasuk eurycomanone, quassinoids dan juga alkaloid. Sebatian ini mempunyai pelbagai manfaat kepada badan, termasuklah mengurangkan keradangan, meningkatkan tahap testosteron, meningkatkan mood serta fungsi kognitif (fungsi otak). Tongkat ali juga memiliki keupayaan untuk meningkatkan prestasi sukan, terdapat beberapa kajian menunjukkan bahawa Tongkat ali dapat meningkatkan jisim serta kekuatan otot, meningkatkan daya tahan tubuh sekaligus mengurangkan keletihan, hal ini disebabkan oleh peningkatan hormon testosteron yang membantu membina otot serta meningkatkan prestasi fizikal.

Tongkat ali mempunyai sejarah yang panjang di dalam perubatan tradisional, khasnya di Asia tenggara. Akarnya telah digunakan selama berabad lamanya untuk merawat pelbagai penyakit termasuklah demam, malaria dan juga tekanan darah tinggi, disamping itu ia juga digunakan sebagai afrodisiak - ubat yang membangkitkan keinginan seksual serta untuk meningkatkan kesuburan pada lelaki dan juga wanita. Hari ini tongkat ali secara umumnya diambil secara semulajadi untuk meningkatkan tahap testosteron dan juga prestasi sukan, ia juga turut digunakan untuk merawat masalah mati pucuk selain meningkatkan fungsi seksual.

Salah satu daripada keupayaan Tongkat ali yang kurang dikenali adalah ia juga mampu meningkatkan fungsi kognitif, ia telah digunakan untuk penjagaan otak selain meningkatkan ingatan serta fokus, beberapa kajian telah menunjukkan bahawa Tongkat ali mungkin mempunyai sifat neuroprotektif. Tongkat ali juga digunakan untuk melegakan tekanan dan kebimbangan, ia juga mempunyai kesan menenangkan kepada minda dan juga badan. Salah satu lagi kegunaan tradisional Tongkat ali adalah ia berkesan untuk melegakan kesakitan, ia biasa digunakan untuk mengurangkan sakit kepala, sakit sendi dan juga sakit otot, mungkin disebabkan agen anti-radang yang dimilikinya menjadikannya mampu mengurangkan kesakitan secara semulajadi.

Kajian saintifik
Terdapat bukti saintifik yang menunjukkan bukti bahawa Tongkat ali sememangnya mempunyai pelbagai khasiat dan manfaat untuk kesihatan, sebagai contoh, kajian telah menunjukkan bahawa ia boleh membantu mengurangkan keradangan, meningkatkan mood serta fungsi kognitif, ia juga mempunyai ciri-ciri anti kanser dan boleh membantu menurunkan paras gula di dalam darah bagi pengidap diabetes. Salah satu daripada manfaat kesihatan utama Tongkat ali adalah potensinya meningkatkan prestasi sukan, kajian telah menunjukkan bahawa ia boleh membantu meningkatkan kekuatan dan saiz otot, mengurangkan kerosakan otot serta meningkatkan daya tahan. Ia juga boleh meningkatkan tahap testosteron yang boleh membantu menguatkan jisim otot disamping mengurangkan lemak badan.

Terdapat kajian menunjukkan Tongkat ali dapat membantu meningkatkan libido dan juga fungsi ereksi pada lelaki, selain membantu menambah kesuburan dengan meningkatkan kiraan dan pergerakan sperma, ia juga turut memiliki kesan anti-anxiety dengan mengurangkan hormon kartisol, sejenis hormon yang dikaitkan dengan tekanan dan stress. Keadaan ini boleh menyebabkan mood bertambah baik selain mengurangi gejala kebimbangan dan kemurungan. Peranan Tongkat ali didalam meningkatkan paras hormon testosteron merupakan salah satu daripada khasiatnya yang utama, testosteron adalah hormon utama yang memainkan banyak peranan penting pada aspek kesihatan, ini termasuklah pertumbuhan otot, kesihatan tulang, fungsi kognitif dan juga prestasi seksual.

Melindungi otak
Tongkat ali telah dikaji memiliki fungsi kognitif - sejenis fungsi perlindungan otak yang menjurus kepada ingatan dan tumpuan. Kesan ini dianggap berkait rapat dengan keupayannya untuk mengurangkan keradangan dan tekanan oksidatif di dalam badan. Keradangan kronik dan kesan oksidatif yang berpanjangan sering kali dikaitkan dengan gangguan kognitif, termasuklah menjadi punca penyakit alzheimer dan demensia. Selain itu, Tongkat ali juga didapati dapat meningkatkan tahap faktor neurotropik yang berasal dari otak (Brain-drived neurotrophic factor - BDNF), sejenis protein yang memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan kemandirian neuron dalam otak. Tahap BDNF sering kali dikaitkan dengan kemurungan, kebimbangan dan penurunan kognitif. Dengan peningkatan tahap BDNF, Tongkat ali boleh melindungi otak daripada keadaan ini sekaligus meningkatkan fungsi otak, terutama pada bahagian ingatan dan tumpuan secara maksimum.

Tongkat ali bagi wanita
Tongkat ali sangat terkenal untuk kegunaan dan penjagaan kesihatan lelaki, penggalak pengeluaran testosteron menjadikannya kelihatan hanya eksklusif bagi kegunaan lekaki sahaja, tetapi tahukan kita bahawa kandungan adaptogenik juga turut memberi manfaat kepada wanita? Mengikut definisi, testosteron atau androgen, merupakan sejenis hormon seks lelaki, manakala estrogen pula hormon seks bagi wanita. Di dalam tubuh lelaki, testosteron dihasilkan di dalam testis dan kelenjar adrenal manakala di dalam badan wanita pula, ia dihasilkan di dalam ovari, kelenjar adrenal, sel lemak dan juga sel kulit. secara amnya, wanita menghasilkan kira-kira 1/10 testosteron berbanding lelaki. Walaupun penghasilan testosteron di dalam tubuh wanita lebih kecil berbanding lelaki, namun hormon ini memainkan peranan yang sangat penting bagi kesihatan dan kesejahteraan seksual wanita, ia membantu mendorong libido, tahap tenaga dan juga kesuburan. Apabila usia semakin meningkat, prestasi tubuh di dalam menghasilkan testosteron akan mula manurun, baik lelaki mahupun wanita, bagi wanita ianya dikenali sebagai menopause dan untuk lelaki pula ia dipanggil andropause. Keadaan ini biasanya akan berlaku pada awal usia 40'an dan kadar penurunan hormon ini biasanya boleh mencapai sehingga 50% daripada tahap yang biasa mereka hasilkan semasa muda.

Penurunan androgen di kalangan wanita yang mencapai umur 40an dan keatas lazimnya berlaku secara mendadak dan pantas, ia biasanya dikaitkan dengan penuaan, kehilangan hormon androgen dan juga penurunan kadar penghasilan testosteron boleh menyebabkan peluang untuk mendapat penyakit akan menjadi lebih tinggi. Pada tahap ini pengambilan supplement yang dapat membantu meningkatkan kadar penghasilan testosteron adalah penting bagi mengekalkan mekanisma tubuh untuk berfungsi sepenuhnya selain untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan seksual mereka terjaga. Jadi disini kita boleh lihat mengapa Tongkat ali juga turut bermanfaat bagi wanita, pengaktifan tenaga yang berlaku selepas mengambil tongkat ali akan membantu meningkatkan paras testosteron wanita ke tahap asal dan akan menyuburkan badan mereka dengan pelbagai manfaat yang akan dibahaskan dengan lebih terperinci di bawah.

Manfaat Tongkat ali kepada wanita
Wanita terdedah kepada ketidakseimbangan hormon sejak permulaan akil baligh lagi, malah pendedahan kepada toksin yang paling rendah sudah cukup untuk menjejaslkan mana-mana bahagian bahagian yang menhasilkan hormon, baik daripada bahagian pengeluaran sehingga kepada rembesan. Kandungan tongkat ali, terutamanya pada bahagian akar, memiliki sebatian yang dikenali dengan adaptogenik, bukan sahaja mampu menjaga tahap estrogen dan juga testosteron wanita, malah ianya secara tidak langsung memudahkan pelbagai fungsi di dalam badan wanita. Antara faedah kesihatan yang boleh diperolehi oleh wanita daripada rangsangan testosteron yang terhasil daripada pengambilan supplement tongkat ali secara kerap adalah:

  • Menambah tenaga - Antara kesan yang paling cepat dilihat selepas menggunakan Tongkat ali adalah perubahan dari sudut tenaga yang dapat dirasai, wanita yang bersenam akan mendapati peningkatan pada prestasi mereka di gym selepas mengambil tongkat ali. Selain memacu tenaga, herba ini boleh meningkatkan kebolehan fizikal wanita secara keseluruhan. Sebagai alat yang dapat mengimbangi hormon, tongkat ali juga dapat mengawal kesimbangan antara tenaga dan metabolisma badan yang mendorong kepada prestasi yang lebih baik untuk tugasan harian, sekaligus meningkatkan tahap kecergasan serta prestasi seks yang lebih baik.

  • Meningkatkan keinginan seks - Berfungsi terhadap kedua-dua jantina, mereka yang melengkapkan diet mereka dengan tongkat ali lebih cenderung mengalami kepekaan yang lebih tinggi terhadap keinginan seks, kesan ini mampu menyemarakkan kebahagian di dalam rumahtangga terutamya bagi wanita yang memiliki tahap libido yang rendah atau mereka yang semakin menghampiri batas menopause.

  • Meningkatkan mood - Pengambilan tongkat ali dapat mengurangkan kortisol, sejenis hormon stress yang wujud di dalam badan sebagai tindakbalas kepada tekanan, pengurangan kadar kortisol dapat meningkatkan mood gembira yang memberi kesan kepada kesihatan mental dengan ketara sekaligus mengurangkan kemurungan yang dapat memberi kesan kepada keputusan dan tindakan individu.

  • Mencegah kegemukan - Tongkat ali mempunyai kesan secara tidak langsung keatas metabolisme. Kehilangan atau tahap testosteron yang rendah yang terjadi secara semulajadi boleh menyebabkan penambahan berat badan yang tidak diingini, baik di kalangan lelaki mahupun wanita. Pengambilan tongkat ali dapat meningkatkan penghasilan hormon testosteron yang mampu memacu peningkatan metabolisma badan. Memandangkan ianya juga boleh meminumunkan tahap kortisol, ia juga secara tidak langsung boleh membantu mencegah penambahan berat badan yang terjadi disebabkan oleh tekanan.

  • Menjaga kesihatan tulang dan tisu - Wanita lebih terdedah kepada osteoporosis di mana kejadian tulang menjadi lemah dan rapuh. Pengambilan tongkat ali akan meningkatkan tahap testosteron yang dapat membantu meningkatkan kepadatan mineral tulang, sekaligus membantu mengekalkan kesihatan rangka dan postur badan.

  • Mengawal gula dalam darah - Pengambilan tongkat ali secara konsistan mampu mengawal paras gula kepada tahap normal. Sebatian bioaktif yang dikenali dengan eurycomanone dan quassinoids, telah terbukti mampu meningkatkan sensitiviti insulin. Sebatian ini mampu menjadikan sel lebih responsif terhadap insulin, membolehkan mereka menyerap glukosa daripada aliran darah dengan lebih berkesan. Keadaan ini boleh membantu mengurankan jumlah gula di dalam darah sekaligus mengurangkan risiko terjadinya serangan diabetes, walau bagaimanapun, pemakanan juga perlu dikawal bagi memastikan tubuh tidak terdedah kepada risiko serangan penyakit.

Manfaat tongkat ali bukan sahaja tertumpu kepada kaum lelaki sahaja, malah ianya turut memiliki khasiat dan manfaat yang sangat tinggi untuk wanita, penggunaannya mampu menberikan manfaat kesihatan, bukan sahaja luaran bahkan dalaman. Pengambilan tongkat ali sebagai makanan tambahan harian dilihat mampu menjaga dan meningkatkan tahap kesihatan individu, terutamanya untuk meningkatkan tahap libido dan menangani masalah penurunan testosteron, dan ianya juga merupakan langkah yang terbaik untuk meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan seksual mereka, walau bagaimanapun, ibu mengandung tidak disarankan mengambil herba ini.
Hakcipta terpelihara Siri Organik @ berkatmall.com.my -  Setiap botol mengandungi 60 biji kapsul tongkap ali asli untuk penggunaan selama 2 bulan. Pembelian kapsul Tongkat Ali Asli Malaysia boleh dibuat pada menu Pembelian yang telah disediakan di atas, pembelian akan dibuat setiap hari terus dari HQ. Sistem pembelian disediakan oleh Billplz Sdn. Bhd, Terima kasih diatas kesudian anda melayari laman web ini, semoga kita semua dianugerahkan kesihatan yang berpanjangan. Sehingga berjumpa lagi, assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kapsul Tongkat Ali Asli Malaysia - Stok Ada
Hakcipta terpelihara Siri Organik @ berkatmall.com.my
Back to content